E-OPERASI

Panduan untuk mendaftar e-operasi http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

klik daftar masuk

lengkap nama seperti yang didaftarkan dengan guru data. Setelah lengkap data yang diisi klik SIMPAN pastikan guru mengingati ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan

 

Setelah masuk ke paparan utama seperti yang ditunjukkan klik pada ‘Cetak Maklumat Keseluruhan’ seperti paparan yang ditunjukkan di atas. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan dan guru-guru boleh cetak maklumat tersebut kemudian serahkan kepada guru data untuk semakan

 

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

SAPS

Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik.

 Ramai pengguna SAPS mengadu kepada saya tentang masalah untuk memasukkan data serta karenah merumitkan. Diharap pengguna bersabar, semoga sistem baru ini dikaji serta diperbaiki lagi kearah meringankan beban guru yang semakin mencabar kini.

Laman web SAPS ini boleh dicapai melalui http://saps.moe.gov.my

Update 8 November 2011 : Bagi sesiapa yang sedang mengisi SAPS, tarikh tutup memasukkan markah semakin hampir iaitu perlu dimasukkan sebelum 30 November 2011, ia adalah berdasarkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama JPN bagi Pelaksanaan SAPS Bil2/2011 yang dipengerusikan oleh TKPPM

SELAMAT BERTUGAS GURU BESAR 2011

Pada tarikh 1 Januari 2011, merupakan tarikh persaraan bagi Tn Said Mun Bin Said Wok. Beliau seorang pegawai pendidik yang begitu komitmen terhadap tugas yang diamanahkan kepada beliau. Dengan komitmen yang beliau berikan dalam mengendalikan SK Sultan Yussuf, beliau telah banyak membuat perubahan terutama dari segi pentadbiran dan juga insfranstruktur SK Sultan Yussuf. Kejayaan paling manis bagi beliau ialah beliau dapat membimbing guru-guru untuk menjalankan tugas dengan lebih baik. Hasil dari kerjasama beliau bersama guru-guru tahun enam, akhirnya kejayaan dapat dikecapi apabila keputusan UPSR 2010 diumumkan. Pencapaian UPSR 2010 mencatatkan peningkatan yang mendadak dan merupakan pencapaian yang paling cemerlang dalam Kinta Selatan pada tahun 2010. Oleh dengan itu warga sekolah amat berbangga dapat berkhidmat di bawah beliau. Kini tugas beliau telah diambil alih oleh seorang yang tidak kurang hebatnya. Sebelum ini beliau bertugas di sekolah kurang murid tapi berjaya menjalankan pentadbiran yang cemerlang sehinggakan sekolah tersebut antara sekolah yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang menerusi sistem NKRA (Baiah). Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Bukit Pekan. Dan orang yang dimaksudkan ialah En. Mat Hussain Bin Lateh. Diharapkan beliau dapat membimbing dan mencurahkan segala ilmu kepada warga pendidik SK Sultan Yussuf. Dan bagi warga pendidik SK Sultan Yussuf, diharapkan dapat memberikan kerjasama sepanjang beliau bertugas di SK Sultan Yussuf. Bagi En Mat Hussain Bin Lateh, pihak warga SK Sultan Yussuf, mengalu-alukankan kedatangan anda ke sekolah ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas. Sekian.