SELAMAT BERTUGAS GURU BESAR 2011

Posted on March 9th, 2011 in Uncategorized by sksultanyussuf

Pada tarikh 1 Januari 2011, merupakan tarikh persaraan bagi Tn Said Mun Bin Said Wok. Beliau seorang pegawai pendidik yang begitu komitmen terhadap tugas yang diamanahkan kepada beliau. Dengan komitmen yang beliau berikan dalam mengendalikan SK Sultan Yussuf, beliau telah banyak membuat perubahan terutama dari segi pentadbiran dan juga insfranstruktur SK Sultan Yussuf. Kejayaan paling manis bagi beliau ialah beliau dapat membimbing guru-guru untuk menjalankan tugas dengan lebih baik. Hasil dari kerjasama beliau bersama guru-guru tahun enam, akhirnya kejayaan dapat dikecapi apabila keputusan UPSR 2010 diumumkan. Pencapaian UPSR 2010 mencatatkan peningkatan yang mendadak dan merupakan pencapaian yang paling cemerlang dalam Kinta Selatan pada tahun 2010. Oleh dengan itu warga sekolah amat berbangga dapat berkhidmat di bawah beliau. Kini tugas beliau telah diambil alih oleh seorang yang tidak kurang hebatnya. Sebelum ini beliau bertugas di sekolah kurang murid tapi berjaya menjalankan pentadbiran yang cemerlang sehinggakan sekolah tersebut antara sekolah yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang menerusi sistem NKRA (Baiah). Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Bukit Pekan. Dan orang yang dimaksudkan ialah En. Mat Hussain Bin Lateh. Diharapkan beliau dapat membimbing dan mencurahkan segala ilmu kepada warga pendidik SK Sultan Yussuf. Dan bagi warga pendidik SK Sultan Yussuf, diharapkan dapat memberikan kerjasama sepanjang beliau bertugas di SK Sultan Yussuf. Bagi En Mat Hussain Bin Lateh, pihak warga SK Sultan Yussuf, mengalu-alukankan kedatangan anda ke sekolah ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas. Sekian.

Selangkah Bertemu 2011

Posted on January 17th, 2011 in Uncategorized by sksultanyussuf

Putaran jam tidak mungkin akan berpatah semula. Detik masa terus berlalu, 2010 telah pun meninggalkan kita. SELAMAT DATANG 2011 !

SK Sultan Yussuf terus mengorak langkah, cuba untuk terus mengekalkan kecemerlangan. Guru silih berganti, datang dan pergi. Anak-anak didik berganjak setahun usia. Di bumi SKSY, ilmu ditagih, ilmu dicurah, impian kejayaan terpahat kukuh, yang susah sama ditongkah, yang terhimpit jangan terus dibiar tersepit.

Berbekalkan semangat 1 Malaysia, semoga kehadiran 2011 akan mengiringi langkah-langkah kita ke hadapan. Jangan gentar untuk meneruskan, jangan gusar jika tersungkur. Ilmu dan amal sama seiring. Semoga SKSY Sentiasa Terbaik.

PENCAPAIAN CALON UPSR 2010

Posted on November 11th, 2010 in Uncategorized by sksultanyussuf

PENCAPAIAN CALON UPSR 2010 SK SULTAN YUSSUF

( ANALISIS MATA PELAJARAN )

MATA PELAJARAN JUMLAH

AMBIL

A+B+C

BIL %
BM KEFAHAMAN 163 158 96.93%
BM PENULISAN 163 153 93.87%
B. INGGERIS 163 133 81.60%
MATEMATIK 163 148 90.80%
SAINS 163 155 95.09%

 

( ANALISIS PENCAPAIAN CALON )

BIL

AMBIL

CEMERLANG

(5A/7A)

MENGUASAI

(5ABC/7ABC)

MENGUASAI DAN TIDAK

MENGUASAI (A-E)

BELUM MENGUSAI

(5DE/ 7DE)

  BIL % BIL % BIL % BIL %
163 24 14.7% 125 76.7% 35 21.5% 3 1.%

 

SENARAI NAMA MURID YANG MENDAPAT 5A DALAM PENCAPAIAN UPSR 2010

BIL

NAMA

1

AHMAD FARHAN BIN SHAH JAHAN

2

AHMAD KAMAL ALIF BIN MAT SAAAD

3

ARVIN RAJ A/L MATHIVANAN

4

CHIN YEW SHUN

5

HAIKAL BIN MOHD KHAIRI

6

HAZMAN BIN P SAMMUDDIN

7

KIRITHARAN A/L JAYASANKER

8

MUHAMMAD NAZMI BIN AHMAD MUZAMMIR

9

MUHAMMAD AMZAR ISMA BIN IDRIS SAIDI

10

MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD FUDZI

11

MUHAMMAD HANIS LEONG B MUHD FIRD

12

MUHAMMAD HILMI BIN AHMAD TARMIZI

13

MUHAMMAD ILMI B DZULKAFLI

14

MUHAMMAD NAIM BIN JASMI

15

MUHMAMAD ZHARFAN BIN JOHAN

16

MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHAMMAD

17

MUHAMMAD ZULFIKRI B ZULKEFLI

18

MURPY RAJ A/L THIVYANATHAN

19

NADZMI FARIDZUAN BIN OSMAN

20

NU’MAN AL-BASYIR B MOHD NURI AL-AMIN

21

SASITHEREN A/L CHANDRAN @ SUNDRAN

22

SRITHARAN A/L THAMIL SELVAN

23

WAMADEVAN NAIR A/L SRIDARAN NAIR

24

MUHD KHAIRUL SYAHMI B KHAIRUL AZMI

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

Posted on November 10th, 2010 in Uncategorized by sksultanyussuf

1. Latar Belakang

1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP. SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan suatu standard pengajaran yang memuaskan diwujudkan (is developed) dan dikekalkan (and maintained) di institusi pendidikan. 1 SKPM 2

1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada guru besar dan pengetua sekolah menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan kendiri berpandukan dokumen PKSBSTKP.

1.4 Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolah-sekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP sepenuhnya atas berbagai-bagai sebab antaranya termasuklah kesukaran memahami dokumen-dokumen yang diedarkan dan tatacara melaksanakan sistem tersebut yang terlalu kompleks dan memerlukan masa dan tenaga yang banyak sehingga ada kalanya menjejaskan pelaksanaan program-program lain di sekolah.

1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seperti berikut:

a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;

b) Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);

c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);

d) Lembaran Kerja PKSBSTKP;

e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);

f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman;dan

g) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang Dipermudahkan).

Untuk maklumat lanjut sila layari website jemaah nazir..

ELEMEN SKPM

Cuti Tambahan Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1431H

Posted on November 10th, 2010 in Uncategorized by sksultanyussuf

Seperti mana kita sedia maklum, Hari Raya Aidil Adha dijangka disambut pada hari Rabu 17 November 2010, di mana cuti tersebut jatuh pada minggu akhir penggal persekolahan 2010. Kementerian Pelajaran telah mengambil maklum akan isu yang timbul terutamanya bagi murid-murid Sekolah Berasrama Penuh.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Surat Makluman di bawah.

MUAT TURUN

Sajak Untuk Guru

Posted on November 9th, 2010 in Uncategorized by sksultanyussuf

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Next Page »